Tuesday, December 15, 2009

other than that please

Kita alihkan fokus kepada sesuatu yang kurang serius seperti nota semalam. (btw as update, pagi-pagi tadi dah pergi ke TM daftar streamyx, lepas tu pegi ke PCMC dengan MIL.The scanning went quite well, tapi seperti biasa macam tahun tahun lalu, oleh kerana urat2 saya terlalu halus,lama betul nak cari urat untuk masukkan cecair kontras tu. 1 jam kena scan. Lama betul.)

Lama dah nak tulis pasal ni. Pasal sang husband yang dah berblog pula. Katanya sebelum ini mmg dah ada, cuma di nyahaktifkan. Saya tak pernah tahu pula dia pernah berblog. Cis. Sangat tak aci. Selama ini dia baca blog saya tapi tak share pula dengan saya.

Kira ok lah dia beritahu saya sekarang kan. Kot-kot 10 tahun dah kahwin baru nak beritahu, lagi lah haru! Tak tahulah kalau dia dah delete apa-apa entri tak mahu bagi saya baca kan, hehe. Tapi setakat ni boleh lah baca entri yang dulu-dulu. Pasal perempuan yang dia minat, pasal benda-benda yang dia buat/fikir (agak tak best bila baca pasal perempuan-perempuan. hehe. jeles kah saya? macam tak patut je jeles)

Apa yang menarik setelah saya baca blog nya sampai yang backdated ialah perbezaan penulisan beliau dgn cara penyampaian saya.

Sang husband suka bercakap. Dia mempunyai komen untuk semua benda yang dia nampak. Siapa yang kenal dia memang boleh jadi saksi lah. hehe. Saya ingat lagi kali pertama saya nak perkenalkan dia kepada famili, masa tu nak pergi acara keluarga (anak kakak habis tadika, ada konsert). Tak sudah-sudah dia ingatkan saya,

"Whenever you feel i talk too much, PLEASE signal me to shut up",

risau dia kalau bakal keluarga anggap yang bukan-bukan. Lagi risau dia kalau bakal keluarga fikir dia orang yang membosankan. hehe. Comel.

Of course, abah dan mami saya sayang sangat dekat dia (rasanya lebih sayangkan dia dari sayangkan saya. *uhuk uhuk*).

Back to the blog. Ya, sang  husband kalau pergi ke mana-mana akan mendapat kawan kerana hobinya yang suka bercakap itu. Tapi dalam blog, dia jenis tulis sikit-sikit. Dalam masa yang sama, kalau kita baca, kita tahu ada banyak lagi cerita di sebalik cerita. Kita tahu sebenarnya banyak lagi benda yang dia nak cakap. Tulis one-liners saja.

Berbeza dengan saya. In real life saya ni kurang bercakap. Saya lebih kepada watak pemerhati, pendengar setia. Mungkin juga saya malas bercakap sebab nanti sure orang akan tanya a) saya tgh gabra ke? b) saya tgh takut ke? c) saya tgh sejuk ke? sebab suara saya dah la kecil, pastu terputus-putus macam orang tgh cuak atau gagap. Padahal mmg suara saya macam ni semenjak lepas sekolah lagi. Gas tak cukup. heh. Tapi saya mmg suka menulis sejak sekolah. Saya rasa bila saya tulis, idea saya lebih berstruktur. Lebih di fahami. Oleh itu bila saya berblog, mmg panjang berjela. Banyak aje benda nak taip. Nasib baik masa kecil sempat bersekolah di bandar dan masuk kelas komputer, belajar Wordstar, typingtutor. Belajar menaip sambil tutup mata atau tengok tempat lain. Belajar menaip perkataan sebanyak mungkin dalam satu minit. Lepas tu masa sekolah belajar dengan Cikgu Zanariah yang suka cubit pakai kuku kat abdomen budak-budak macam mana nak elaborate karangan sampai 5 ribu perkataaan.

Jadi kesimpulannya jari saya lebih cekap dari mulut saya dalam berkata2. Sang husband pula lebih cekap dengan deria yang lagi satu itu, tapi mungkin juga sebab jari dia besar-besar-tak sesuai menaip.


Byk lagi perbezaan kami. Dia sgt terurus, saya caca-marba. Semua benda dia ada jadual, ada excel sheet. Saya? Konon excel sheet dalam kepala. Dah la pelupa tegar. Dia sangat pandai simpan duit atau buat duit, saya sangat pandai habiskan duit. Oh itu mmg sangat berbakat. Dia sangat cool, saya sangat emo. Dia agak mudah marah-marah, saya pula ada patience treshold yang sangat tinggi. Dia pengemas. Kereta Kancil dia yang usia lebih 10 tahun masih elok lagi tak ada masalah. Kereta saya? Rumah mini. Kasut, shawl, file-file kerja, accessories, coklat, semua dalam tu.

Orangnya serius. Saya pula slacker.

Well maybe opposites do attract. *smile*


Allah Maha Besar kan?


No comments: