3 nota dalam seminggu? Ini sudah pecah rekod (ke ini sudah jadi kes syok sendiri? ngahahaha).
Beberapa rakan memberi komen yang saya nampak sedikit cengkung, ada yang kata saya sudah kurus. Yahu! Sedikit garis perak (silver lining) di situ.
Di kaca TV berbayar sekarang sedang tunjuk cerita House. Wah, senggang nya saya boleh tengok tv pada pukul 5?? Sebenarnya selepas menerima keputusan MRI (how i wish ada Microsoft Word dalam BM, boleh right click for synonyms), saya terus balik ke rumah. Tenangkan fikiran. Boleh blogging. :P
Oh ya. Tentang keputusan MRI tersebut. Jadi saya pergi memenuhi temujanji ketiga dengan Dr. House (nak sebut ke nama betul dia? Takpe la sapa sapa yang nak refer pada dia nanti email/pm je saya ok?) selepas sesi bergelak ketawa tengahari dengan Enni & Jimi di San Fran Coffee. Tak, bukan saya yang minum kopi, temankan Enni sahaja. Saya makan sushi. Selepas ambil tekanan darah dan berat terkini, duduk di bilik menunggu. Wah, di kaca TV sedang tunjuk cerita all time favourite saya- The Lord of The Rings yang Fellowship punya tu! Baru nak khusyuk, sudah di panggil.
Entah macam mana masa itu saya rasakan macam ketenangan yang luar biasa. Sebenarnya saya sudah saiko diri saya supaya expect the worst, dan sebenarnya saya doa juga biarlah mereka jumpa sesuatu. Daripada tak jumpa apa masalahnya kan. Karang kena pulak saya melalui ujian-ujian lain. Jadi kerana dah baca dan tau kalau betul ada ketumbuhan yang jenis ini cuma kena makan ubat, saya doa supaya mereka jumpa bendanya. Baik jumpa microprolactinoma ni, dari jumpa jenis-jenis ketumbuhan lain kan? Sekali yang ber-radang (cancerous) ke, tak ke gelap dunia saya?
Dr. House itu dengan muka yang concern dan slanga yang tidak menyakitkan hati berkata,
"I'm afraid what I thought was right. We found the tumor."
Saya bersyukur. Tuhan masih sayangkan saya. Ketumbuhan itu besarnya 4mm. OK lah saya ni mengaku tidak pandai masa sekolah, jadi saya tak ambil jurusan kedoktoran jadi saya tulis aje la ye england si pakar radiologis itu ya:
"...blablabla..subtle transient enhancement defect in the right side of the gland suggests that they may well be a microadenoma in the right side of the gland. This measures about 4mm only."
*Notice that I only know how to translate the last sentence? haha.*
Saya beritahu Dr. House yang saya lega mereka jumpa alien dalam kepala saya itu. Dia senyum dan kata saya bagus kerana take it positively. Kemudian kami berbincang tentang perancangan rawatan yang bakal diberikan. Saya suka Dr. House ini kerana beliau say things as it is. Dia tidak berselindung nak sedapkan hati saya, tapi dalam masa yang sama berbuat demikian dengan sungguh eloquent sekali. Dia menjawab semua soalan-soalan/ kesangsian/ kerisauan yang saya utarakan dengan meyakinkan, dan memberi cadangan-cadangan tentang perancangan saya dan suami untuk berkeluarga.
Berkeluarga. hmm.
Nampaknya perancangan tersebut kena tangguhkan dahululah. Dr. House kata selagi saya ada ketumbuhan ini agak susah untuk saya conceive. Paling-paling, setahun, baru boleh mencuba. Macam saya cakap tadi, agak kagum dengan diri saya sendiri sebab sangat composed sepanjang perbincangan rawatan tersebut. Selalunya saya memang paling emosi kalau cakap pasal mengandung, baby, berkeluarga. Mata mesti berkaca punya. Kalau baca berita pasal penderaan kanak-kanak, hui tu mmg emosi tu. Orang lain susah-susah kepingin anak, kau senang-senang 'melukis' kulit budak tu?? eh eh tiba-tiba teremosi.
Jadi perancangan rawatan adalah begini:
- Sebiji tablet Parlodel 2.5mg (bromocriptine mesylate) x 2 kali sehari selama 6 bulan.
- Pengujian darah setiap 2 bulan untuk lihat paras prolactin.
- Selesai 6 bulan, berhenti makan tablet Bromo selama 2 bulan untuk melihat reaksi kelenjar pituitari.
- Setelah itu pengujian darah lagi dan buat keputusan, sama ada tinggi kan lagi dos Bromo, atau kurangkan dos, atau tukar jenis ubat.
*InsyaAllah saya akan cuba note down perubahan-perubahan yang berlaku, side effects (kalau ada) supaya orang lain boleh kongsi dan refer sama-sama.
I have to be patient. I'm good at this. Bukan ke aku sepatutnya mempunyai treshold kesabaran yang tinggi? Ingat lagi masa belum kahwin, masa belum ada sesiapa yang nakkan saya (atau yang nampak macam nak tapi LEMBAB nak mampus..heh), memang doa supaya Allah berikan saya yang terbaik. Dan proses menunggu cinta Yang Terbaik itu memang lama. Ingat lagi bila tengok orang lain macam bestnya ada orang yang sayangkan dia, yang terima dia seadanya. Sabar betul masa tu. Masa tu doa, kalau dah jumpa cinta Yang Terbaik tu, Allah permudahkanlah jalan saya. Tak payah lah bercinta lama-lama. Kawin terus. Allah sediakan saya untuk melalui ujian tu. DIA bagi saya peluang untuk melalui pengalaman hati diremukkan. Kemudian DIA bagi saya peluang untuk belajar menyembuhkan diri sendiri, dan belajar mengenal diri sendiri. Barulah lepas itu DIA berikan saya Yang Terbaik.
Cinta Yang Terbaik itulah suami saya. Kami tak bercinta lama, 2-3 bulan terus buat keputusan nak kahwin. Ekspres tu!! DIA beri saya Sang Husband kerana DIA tahu Sang Husband mampu berhadapan dengan ujian yang bakal kami lalui ini. Ok bab ni saya mmg tak tahan emosi. Tears streaming as i write. Macam tak sangka ada orang yang sanggup nak tunggu ada anak sebab kekurangan saya. Sanggup sama-sama diremukkan hati bila buah cinta yang diharapkan mekar gugur setelah berputik, sanggup sama-sama menunggu Yang Terbaik dariMu ya Allah. Tegarkanlah semangat kami, suburkanlah cinta kami. Dalamkanlah iman dan keyakinan kami terhadapMu.Whenever YOU deem fit for us to finally become parents, Ya Allah, permudahkanlah jalan kami. Let us be the best parents for The Ones. Kami yakin Kau akan berikan kami Yang Terbaik.
Subhanallah. Allahu Akbar.
Inilah azam Awal Muharam 1431 saya.
Notakaki: Minta maaf, ending agak emosional. :P
1 comment:
Hi Babe,
Aku speechless. Hope ko tabah ok !
Tuhan hanya akan uji kite, sbb DIA tau kite mampu harung ujian tu.
Take care !
p/s : aku paling ingat cara ko bercakap dengan suara yg terputus2 tu. Cara ko bersin pon aku ingat. Ni nota aku untuk semua nota-nota yang ko tulis...
Teruskan menulis. Sebab aku suka baca (wpon baru arini aku jumpe blog ko nih! )
Post a Comment