Wednesday, December 23, 2009

ke alam nyata

Hari ini Sang Husband pulang. ETA 1820. yey!

Kami sama-sama ambil cuti sepanjang minggu depan sampai tahun baru.

Tidak, kami tak ke mana-mana (ye, saya dengar that suara kecil di belakang otak anda bertanya,'ha nak pegi mana la tu??' .hehe). Sepatutnya ada juga nak pergi ke mana-mana. Rasanya macam lama tak bercuti. Sekali suami ada assessment awal Januari, tak jadi lah pergi. Elok juga lah, boleh lah kami kembali ke alam nyata. Ouch!

Kami akan duduk di rumah, cuba untuk figure out apa nak buat dengan rumah tu. Setakat ini sudah 8 kontraktor/pereka yang sudah diatur untuk temujanji. Saya kata dekat suami, nak cari orang untuk buat rumah ini macam cari pasangan. Nak dapat yang betul-betul ngam ngam soi macam jarum dalam jerami lah kan, jadi kena cari yang balance between our wants and our needs. Jadi harap-harap ada lah orangnya yang boleh beri kami keseimbangan yang dicari.



Design-wise, kalau boleh saya tak mahu rumah kami itu terlalu stiff mengikut satu-satu konsep. Minimalist? Modern Classic? Mid-century Modern? Zen? Beach house? Mediterranean? Nusantara? Bohemian? English?. Ini masalah sikit, sebab saya suka semuanya. A little bit of here and there. Saya tak rasa kami boleh duduk dalam satu rumah yang semuanya konsep itu saja.

Kesimpulannya saya nak konsep kediaman kami - Alfian & Zaza. (pening la kepala designer nak layan kitorang ni..heheh)


Minggu lepas, dah beli utiliti memasak. Oh excited nye saya. Hob, hood, oven. Mummy saya dan MIL tak ada pun hood yang canggih ala-ala touchscreen (MIL ada hood, tapi switch biasa aje), hob dengan cast iron & safety feature bagai. Oven mereka rasanya yang simple sahaja, tak ada la sampai 7, 8, 9 function. Tapi masakan tebabow juga. Ok, mungkin satu rumah boleh bau lah. Janji sedap, lemak berkrim disukai ramai.Yang pentingnya ialah meluangkan masa untuk memasak. Sama macam fotografi, bukan kamera nya yang penting, tapi jurugambarnya. So it's not the super canggih dapur, it's the cook.

*Mmm, but i must admit ada camera canggih dan dapur yang shiny shiny memBARAkan semangat. Hehehe. Thank you sang husband, for both!*

Sebenarnya idaman saya ialah untuk ada sebuah dapur kayu. Wah. Bagi saya itu adalah simbol luxury. Ye lah, nak ada dapur macam tu kena ada kawasan terbuka yang luas. Nak bagi moden letak la hood kan, kasi sedut itu asap. Bayangkan masak rendang, ayam atau  masak lemak cili api, kari pelanduk, sambal tempoyak daun kayu dengan ada perisa-perisa arang tu sikit. Wah. Semasa abah jadi kepala kat estet getah dahulu, dia buatkan mummy saya sebuah dapur kayu di luar. Ye lah, rumah estet peninggalan penjajah. Dapur mesti luas gila, siap bilik untuk maid dan butler sampai 3-4. Pastu kawasan rumah tersangat luas. Memang masa itu seronok gila kalau buat kenduri kendara. Mummy pun keluarlah segala resipi tradisionalnya sebab ada dapur kayu itu. Tambahan pulak abah masa itu rajin betul pegi memburu (hey nanti lesen memburu tu siapa inherit ha? aku nak, boleh?). Landak lah, rusa lah, pelanduk, napuh. Oh hebatnya. Cuma yang tak bestnya bilik saya dan bilik adik ada hantu. I mean, makhluk halus. Tahan aje la.

Saya tengah buat checklist dan buku kira-kira budget untuk renovasi la ni. Heh, konon nak tunjuk kat suami yang saya study sedikit sebanyak. Tapi last-last sure dia dapat detect apa yang saya belum list kan lagi. Huh. Ye la, baguslah kalau dia dapat jumpa loophole kan. Tapi kadang-kadang tu nak juga rasa macam terer. Last-last mesti adaaa je benda yang saya tertinggal. Pastu nampak macam saya ni lau-ya gila, benda simple macam tu pun tak terfikir. hmmph! Tak suka!

Benda pertama yang kena buat ialah minimize clutter. Sebahagian nya saya dah buat, penuh satu kereta dengan baju lama. Siapa-siapa yang ada baju/barang lama yang masih elok, boleh lah pergi ke Dr. Lo'Lo punya pusat khidmat masyarakat di Kampung Baru. Tapi minggu ni saya tengok macam banyak gila jugak lagi baju-baju. Mungkin saya perlu bertindak lebih kejam dengan baju-baju tersebut. Sangat sayang ok dengan jeans persahabatan, jeans default yang tidak pernah menghampakan, baju-baju dan sebagainya. Tidak! Saya harus lebih kejam. Walaupun akan buat wardrobe, saya tak rasa space itu akan dapat memuatkan baju yang ada. Belum masuk baju suami lagi. Tapi Carrie Bradshaw boleh pula baju banyak gila tapi wardrobe kecik je. Mesti tipu.

Eh. Panjang sangat omelan kali ini. Nak kemas kubikel pula. Kepada yang menyambut Hari Natal, selamat menyambutnya ya! Yang lain tu, cuti weekend panjang bawak-bawak lah duduk rumah. Jangan menyesakkan jalan raya. ehehe.

No comments: