Entry ini adalah sempena pertandingan Saya Nak Cuti oleh MAS. Ramai kawan-kawan dulu kata saya patut hantar tulisan ke majalah/akhbar tapi saya ni super pemalas kalau sesuatu tu dah jadi 'kerja'. Tapi ni saya nak hantar sebab boleh menang sesuatu untuk abah dan mak saya. Especially abah saya.
Entry asal
Saya nominate Abah & Mak saya untuk bercuti ke Phnom Penh.
Abah saya membesar di kampung yang boleh kita kata agak 'hulu' kat Negeri Sembilan. Sekarang tidaklah hulu lagi, dah ada macam-macam highway berdekatan. Pergi sekolah kena bangun pukul 4 pagi dan jalan 2-3 jam meredah hutan. Nasib baik abah dikira cerdik kat sekolah tu, Cikgu Besar (orang dulu panggil Cikgu Besar, sekarang je panggil pengetua) dia berusaha tolong dia lanjutkan pelajaran ke STAR dan kemudian tolong naikkan nama budak kampung sorang ni pergi ke MCKK. MCKK dulu sekolah untuk anak-anak raja, golongan bangsawan.
Semua budak-budak lain dihantar parents naik kereta (tau-tau aje lah dulu siapa ada kereta kira kaya gila lah), abah saya datang seorang diri dari kampung lepas 2 hari hitch-hike lori sayur dan lori balak.
Membesar kat kampung ni tau-tau aje lah kan, sangat mencabar. Saya rasa sampai sekarang walaupun dah boleh tahan lah alhamdulillah hidup senang, kalau campak abah saya kat tengah-tengah hutan Amazon pun dia boleh survive. Abah seorang yang adventurous. Tapi sepanjang saya membesar, (sekarang saya sudah 30 tahun), saya tak pernah tengok dia buat sesuatu yang adventurous sebab dia sole breadwinner, anak-anak 5 orang (yang kuat melantak). Jadi kena fikir dalam-dalam pasal risiko. Saya tahu dalam hati dia sangat-sangat suka pergi menjelajah horizon baru, sebab mak selalu cerita semasa dia orang sambung Masters kat Amerika, abah sangat cermat simpan duit dengan kerja sambilan jadi tukang susun kotak di pasaraya supaya mereka boleh berjalan lihat negara orang (dalam masa tu beri lebih dari separuh duit biasiswa pada nenek untuk sekolahkan 10 orang adik). Masa tu abah kata kat mak saya, nanti takut lepas ni tak berpeluang lagi nak jadi adventurous.
Sebenarnya kami membesar dengan tanggapan abah seorang yang kedekut sebab kitorang jarang dapat mainan macam kawan-kawan kat sekolah, sebab tu untuk hiburan kitorang selalu kerjakan pokok kelapa belakang rumah, anyam pelepah kat pokok tu jadikan khemah konon-konon (hehe sekarang baru tahu susahnya nak dapat dan simpan duit). Tapi abah selalu kata kalau pasal ilmu dia takkan kedekut punya. Kami adik beradik suka baca buku pun sebab dia lah. Buku komik pun dia belikan asalkan buku. Dari saya kecil abah suka kumpul buku-buku tentang tempat-tempat eksotik merata dunia. Dia paling suka Egypt sebenarnya, sebab banyak betul buku pasal Egypt yang dia kumpul, especially pasal Tutankhamen (tapi sayang pertandingan ni tak bagi hadiah pergi Egypt jadi Phnom Penh pun macam best). Jadi dari situ saya dapat rumuskan abah saya ni suka tempat yang tinggi nilai sejarah & budaya, cantik & penuh misteri. Sekarang sudah pencen pun abah suka tengok Travel & Living kat Astro tu. Saya tahu dalam hati mesti dia berangan, bestnya kalau mampu pergi tempat-tempat best tu. Jadi Phnom Penh sangat sesuai. Angkor, Mekong...semua tempat tu indah, penuh misteri, penuh budaya, penuh bersejarah.
(Iklan: Kalau saya anak lelaki sudah pasti saya akan pilih kerjaya pilot. Pilot boleh bawa mak bapak pergi serata dunia. Eh tapi perempuan pun boleh kan? Lupakan saja sebab saya ni tak cukup tinggi malah rabun pulak tu. )
Mak saya pulak, dari muda sampai tua, dengan abah saya. Maknanya kalau abah saya tak jalan, lagi lah dia tak pernah berjalan. Abah kalau pergi outstation bekerja pula jenis tak mau salahguna duit syarikat bawak famili. Memang pekerja jujur. Mak naik kapal terbang pun 2 kali seumur hidupnya: masa pergi dan balik Amerika. Adalah lebih tiga dekad yang lepas! Itu pun pakai duit biasiswa abah. Jadi mak saya pun deserve untuk rasa pengalaman ini. Oh, saya rasa mak saya akan hilang kompas masa kalau pergi ke Russian Market. Abah pula sure akan beli benda2 pelik.Tak pun beli pokok nak tanam kat rumah.
Saya mahu abah live his adventurous dreams. Abah walaupun dah nak dekat 65 tahun tapi masih sangat sihat. Abah dan mak tiap-tiap hari jogging tak kurang 5-10km setiap hari. Lepas tu sepanjang hari tak tidur, sibuk berkebun pula lepas tu. Kami adik beradik semua dah besar-besar, semua dah nak kahwin pula tu. Jadi tak payah lagi risau tentang kami. Pergilah mengembara, mak, abah.
Jadi bagi lah abah dan mak saya peluang ini. Peluang mengembara bersama (comelnya kalau lihat 2 warga emas excited tengok negara orang!!) dan discover benda-benda baru yang tak pernah diorang lihat sepanjang setengah abad hidup. Peluang untuk dating ala-ala jaman dolu-dolu. Peluang untuk bercerita kepada cucu-cucu tentang pengembaraan yang hebat.
Saya Nak (Abah & Mak saya) Cuti!!!
--------------
ni version yang di submit. kena pancung sebab terlebih 350 perkataan sudah!
Saya nominate Abah & Mak saya untuk bercuti ke Phnom Penh.
Abah saya membesar di kampung yang boleh kita kata agak 'hulu' kat Negeri Sembilan. Pergi sekolah terpaksa bangun pukul 4 pagi dan jalan 2-3 jam meredah hutan. Nasib baik abah dikira cerdik kat sekolah tu, Cikgu Besar dia tolong dia lanjutkan pelajaran ke STAR daan kemudian ke MCKK.
Budak-budak MCKK lain dihantar parents naik kereta, abah saya datang seorang diri dari kampung, 2 hari hitch-hike lori sayur dan lori balak.
Saya rasa kalau campak abah tengah-tengah Amazon pun dia boleh survive. Abah adventurous. Tapi sepanjang saya membesar, saya tak pernah tengok dia buat sesuatu yang adventurous. Abah sole breadwinner, anak-anak 5 orang . Mak selalu cerita semasa dia orang sambung Masters kat Amerika, abah sangat cermat simpan duit jadi tukang susun kotak di pasaraya supaya mereka boleh berjalan (dalam-masa-tu-beri-lebih-dari-separuh-duit-biasiswa-pada-nenek-untuk-sekolahkan-10-orang adik).
Kami membesar dengan tanggapan abah seorang yang kedekut sebab kitorang jarang dapat mainan macam kawan-kawan sekolah. Tapi abah selalu kata kalau pasal ilmu dia takkan kedekut. Adik-beradik suka baca buku pun sebab dialah. Dari saya kecil abah suka kumpul buku-buku tentang tempat-tempat eksotik sedunia. Dia paling suka Egypt, banyak betul buku pasal Egypt, especially pasal Tutankhamen. Dari situ saya rumuskan abah saya suka tempat yang tinggi nilai sejarah & budaya, cantik & penuh misteri. Jadi Phnom Penh sangat sesuai. Angkor, Mekong, indah, misteri, penuh budaya, penuh bersejarah.
Mak saya pulak, dari dulu, dengan abah saya. Mak naik kapal terbang pun 2 kali seumur hidupnya: masa pergi dan balik Amerika. Itu pun pakai duit biasiswa abah. Jadi mak saya pun deserve untuk rasa pengalaman ini.
Saya mahu abah live his adventurous dreams. Kami adik beradik semua dah besar-besar, semua dah nak kahwin pula tu. Jadi tak payah lagi risau tentang kami. Pergilah mengembara, mak, abah.
Jadi bagi lah abah dan mak saya peluang ini. Peluang mengembara bersama (comelnya kalau lihat 2 warga emas excited tengok negara orang!!) dan discover benda-benda baru yang tak pernah diorang lihat sepanjang setengah abad hidup. Peluang untuk dating ala-ala jaman dolu-dolu. Peluang untuk bercerita kepada cucu-cucu tentang pengembaraan yang hebat.
Saya Nak (Abah & Mak saya) Cuti!!
Jo Malone x Paddington, Mid Valley
4 months ago
3 comments:
a sweet write-up. a strong contender to win the prize. Amin!
entri ko bes.
dan mengigtkan aku pd abah aku. sbb abah dgn mak aku slalu bersama. loving couple gitu. dan abah aku pon suka gile berjln, cuma dier dh tua..nk bwk keta ke kl pon x brani takut sakit dada. sempatla aku dgn akak aku (mostly akak aku la sbb duk dkt dgn diaorg), bwk jln2...
mintak2 ko menang!!
-|a|a-
sangat comel karangan nihhhhh! i like and rasa sebak plak. aku tada chance nak buat camtuh kat my parents /sad
hopefully u win! so dat ur parents can go dating together at Phnom Penh
Post a Comment