Monday, January 11, 2010

Merempit di AJL 24

Half way on the road, saya berpaling pada sang husband -

"yang, i tak bawak camera"

hoho. Kelat muka suamiku yang putih-putih dodol (bak kata hasfiza TV3).

Agak menyesal juga tak bawa camera. Ye lah, LX3 tu kalau low light condition mmg hebat. Walaupun tak boleh pasang lensa telefoto, kira boleh tahan la untuk sebuah kamera tunjuk-dan-tembak.

Selepas tumpang Maghrib di rumah abang, kami bergerak ke Bukit Jalil. Suami menaruh harapan yang tinggi kepada band kesayangannya, Hujan. Pendapat saya Hujan memang bagus tapi tahun ini nampak kebangkitan penyanyi-penulis lagu macam Aizat dan Yuna, dan ini harus di iktiraf. Tahun-tahun dahulu Estranged & MUH dah menang, jadi bersedialah untuk kecewa.

Marah pulak dia bila kita kata band dia akan kalah. hahaha.

Setelah pusing stadium mencari parking, kami decide untuk parking dekat kondominium komanwel tu, senang nanti nak keluar. Baik jalan kaki jauh, dari statik dalam kereta tunggu nak keluar.

Perut berkeroncong. Nasib baik tiket yang bakal adik ipar bagi tu strategik, dekat dengan pentas dan kafeteria. Dan nasib baik bawa hobo bag yang besar, boleh cilok makanan & minuman.

Tengok sekeliling, fuh, tertanya-tanya kenapa masing-masing pakat dress up macam artis? Mekap tebal sekilometer. Baju lip lap. Heels 3 inci paling kurang. Pemurah cleavage pula tu. Macam nak pegi clubbing. Tapi duduk di kalangan marhaen macam kitorang? Pegi lah duduk kat area artis/VIP nun. Aku ini terlalu under-dressed kah? Ke dorang tu artis tapi aku yang tak kenal (tak rasa patut kenal pun. ntah ntah artis Mangga je). Husband is clearly enjoying himself, banyak bahan untuk mengutuk. haha.



Budak-budak seat depan bawak banner Aliya.

Depan kanan, banner Akim.

Belakang, banner Tomok.

Clearly, we are so...OLD. And detached?


Opening was done by Siti and Lan of the former MUH glory. Siti nampak macam mencuba sedaya upaya nak match suara Lan. Kesian pun ada. Baju-wise......cukup lah aku rasa aku komen baju-baju dia sebelum ini. Membuatkan aku semakin confuse dengan apakejadahlah taste dia ni.

Ok ok peminat siti jangan marah la ye. Saya pernah cuba memahami, tapi memang tak paham macam mana duit segudang itu equal baju sebegitu.

Ok ok moving on. Gandingan Ally, FBI dan Cheryl nampak serasi. Saya rasa Ally cuba nak promote 'look' baru dia, tanpa kacamata. Mungkin dah pegi jumpa Dr. Muhaya kot.

Tak ingat sangat turutan persembahan. Ni komen saya untuk mana yang teringat lah.

Estranged - opening act yang menjadi. Mereka memang boleh deliver live performance. Saya suka.

Bunkface  - berjaya sedikit sebanyak membuktikan kebolehan persembahan live (sebelum ni ramai orang kata kalau live, memang 'koyak'). Penyanyi dari Idola Kecil (yang saya dan suami sangat-sangat against) tu pun ada. Tak ingat nama. Tapi terhibur juga.

Misha Omar - cantik baju. Vokal best macam dalam CD. Tapi tak ada kelainan sangat. Lagi satu, tak paham apesal ada prop pelik last-last tu?

Aliya  - saya mengaku malam semalam saya baru tahu kewujudannya. Mula-mula skeptikal, sebab dorang kata artis mi segera jugak. Tapi sangat konfiden atas pentas. Boleh menyanyi. Baju juga cantik.

Tomok & Akim  - not a fan. Nampaknya Tomok masih mengkayakan pengeluar-pengeluar Brylcream. Background pakai lakonan ala-ala bercinta? Aiyah. Very the kiddies one. Akim pulak macam tak kena tempat ngan props macam ulat beluncas. And background bertemakan KL dalam huru-hara? Especially KLCC terbakar. Kompem Datuk Rais tak bagi menang, lagi lah dalam keadaan sekarang ni kan.

Dan udah-udah la tu terpengaruh gaya Adam Lambert. So..yesterday.

Black - oh budak Mentor ke. Tak kenal. Tapi vokal tinggi. Muka kurang konfiden tapi berjaya execute persembahan.

HUJAN  oh Hujan - Seperti yang saya kata tadi, suami meberikan harapan yang tinggi. Bila kuar setup brass band, excited betul suami. Dah tu Noh and the rest dressing ala2 blues band. Ini macam best.

Sayangnya bila contestant lain melangkah sepuluh tapak, Hujan cuma 3-4 tapak je. Come on lah, dissapointing la beb.


Faizal Tahir - fine, kamu nak nyanyi juga walaupun sakit. Respek di situ. Saya tahu kamu penyanyi hebat. Tetapi bolehkah implemen ide lain? Ke-micheal-jackson-an tu over sangat lah bang.

Aizat  - Memang boleh pergi jauh. Selepas kekecewaan tahun lepas, Aizat memang patut menang. Cuma mungkin kurang sesuai memanipulasi gambar-gambar politikus dan memancing simpati juri dengan tunjuk gambar Yasmin. Konsep 1 Malaysia tu bagus tapi...macam tak fair kepada lagu lain pula. Lagu yang lagi satu guna resipi kejayaan Siti dan Mawi yang lepas-lepas iaitu pakai budak budak. Agak tipikal tapi persembahan yang menyeronokkan. (Sampai sekarang takde sapa ke tahu camne Aizat boleh kurus camtu?)

Yuna oh Yuna oh Yuna - selepas kecewa dengan Hujan, suami beralih sokong kepada perempuan ini. Setup sangat menarik, menggunakan brass band juga. Pertama kali tengok Yuna pakai solekan tebal. Juga menyanyi senyum-senyum. Execution dan arrangement yang perfecto. Deserve untuk menang, pada pandangan saya lah.

Things that went well:
  1. Orkestra yang dipimpin Ramli MS. Very well. Tiada nota yang sumbang.
  2. Fillers session oleh Nabil Raja Lawak, Shahira and Ramli (tak kenal). Agak laser Nabil itu. hahaha.
  3. Host pairing.
  4. Lighting dan krew produksi yang effisien.
  5. Interlude session. Jeffrydin, Jay Jay and Search mmg rocks. (MUH boleh improve)


Things that can be improved:
  1. Juri - Datuk Farid TIDAK sepatutnya jadi juri. Conflict of interest.
           - Walaupun sebagai penyanyi yang sangat berpengalaman, Siti juga tidak sepatutnya jadi juri, sebab ada contestant yang akan buat konsert dengannya (FT dan Aizat). Conflict of interest.
  2. Had umur penari/props - Cukup-cukup lah tu menggunakan budak sekolah. Tak pun saya cadangkan AJL 25 tahun depan, buat syarat suruh SEMUA contestant pakai budak sekolah dalam persembahannya. Baru adil. Nak power lagi pakai baby umur sebulan dua. hehe.
  3. Fillers untuk sponsor - kenapa interview Maria Tunku Sabri? dan semua personaliti TV3? dorang penyanyi ke?
  4. Interlude session - band zaman 90-an takde? masa tu kan zaman Rap/R&B. Mana pegi acapella, KRU, Too Phat?


Overall sebuah produksi yang bagus. Saya dan suami sangat enjoy jadi rempit sekali sekala.

Suami berpendapat terlalu ramai sangat graduate dari siri realiti. Macam kalau tak masuk siri realiti, tak boleh jadi penyanyi. Yang boleh nyanyi. Yang berjaya. Sad, but it is true. Lepas ini berebutlah orang nak masuk AF, Mentor dan sebagainya. Nasib baik self-made singers macam Yuna dapatlah jugak recognition. Harap-harap ramai yang mencontohi.

2 comments:

En. A said...

AJL sepatutnya membawa muzik malaysia ke satu paras yang lebih baik. hala tuju muzik malaysia seharusnya ke arah penyanyi yang bukan sahaja boleh menyanyi tetapi wajib berkebolehan mengubah lagu-lagu yang dinamik.

kepada bakal2 pemuzik, keputusan AJL memberi persepsi bahawa untuk berjaya di Malaysia, mereka harus menyertai mana-mana program realiti tv muzikal. hanya Yuna sahaja yang berbeza.

persepsi ini bahaya untuk industri muzik tanahair.

N I N I E said...

hi zaza... aizat kurus katanya mkn HERBALIFE.. ;))