Sejak dua menjak (btw, menjak tu apa?) hilang selera makan. Selama sebulan ini berat badan tak bertambah pun, tang tu jugak la, 57. Lepas makan, ada la tambah sekilo gitu. Lepas uk-uk ke atau lepas tidur, turun balik. Camne?
Semasa mengandung kali pertama, berat berlipat ganda. dari 48 terus nak cecah 60+(malu nak tulis angka sebenar) dalam masa 12 minggu. Lepas Dilatation and curettage/D&C) (ya, saya pun baru tahu maksud singkatan itu), berusaha macam tak cukup umur untuk menguruskan diri berlarian di tepi pantai pagi petang dan berenang, kebetulan ada tugasan 2 bulan di pantai timur. Berjaya la kurangkan dalam 11-12 kilo. Pun begitu tak capai berat semasa kahwin.
Mengandung kali ni saya cuba tumpukan pada pemakanan sihat. Fobia jugak membelon dulu. Tapi tak la sampai berdiet. Doktor kata teruskan aje dengan supplement yang saya ada ditambah dengan supplemen yang dia beri. Sebelum mengandung memang saya dah amalkan vitamin-vitamin Usana, asid folik, minyak ikan dan susu kambing. Lepas dapat tahu positif saya cuba tambah zat untuk baby dengan makan kurma setiap hari, kalau teringat tu ada la makan kismis jugak dan seteguk air zam zam. Saya tak ambil AnMum, sebab doktor kata susu kambing tu dah cukup dah. Lagipun ramai juga kawan-kawan kata doktor mereka suruh berenti minum AnMum sebab nanti berat bertambah mendadak dan tak seimbang. Sehari makan macam biasa, cuma kalau tiba-tiba lapar tu makan biskut/cookie/turun bawah beli food kat kedai. Seingat saya sepanjang mengandung cuma sekali je makan fast food semasa teringin McD hari tu, lain semua makan makanan yang di masak. Trimester pertama membelon juga lah tapi tak lah kronik macam dulu. Lagipun saya memang spesis cepat gemuk kot, ditambah pulak asi budak dalam perut ni bawa genetik suami yang memang terlebih kalsium satu famili.
Risau sedikit jugak lah, bulan ke-4 ni tak naik langsung berat badan.
Selain dari tu risau juga setiap hari ada saja uban yang tumbuh. tu baru bahagian kepala yang nampak dari depan belum selak belakang lagi. Oh! Adakah ini gejala umur 30 tahun atau ini pun dinamakan pembawakan budak? Ke syampu yang saya pakai? Saya tahu saya berkahwin dengan Lelaki yang sentiasa berfikir/mengira nombor-nombor (tak tahu lah apa yang dia kira) sepanjang masa walaupun sedang tidur, tapi walaupun dia banyak berfikir tapi dia takde pulak uban. Huh, jeles! Kiddo, kamu pun macam bapak kamu ke? Tak payah la pikir banyak-banyak ye kamu tu budak lagi. Just be a kid. Jadi nak buat apa kalau jadi camni ya? Nak dye rambut tak boleh pula takut chemical jejas si budak. Hari libur lepas saya dah mula tenyeh lidah buaya. Apa petua nak celen rambut beruban ni ha?
Aduiyai. Tu baru sikit kan? Setakat ni belum nampak lagi kesan regang/stretch mark. Oh itu pun saya takut. The Man kata dia ada stretch mark satu badan, tak kecoh pun. Hello!! Parut di badan lelaki boleh la nampak macho, tapi di badan yang tak penah berparut?? Kaki lain la kan penah eksiden. Argh stress. Memang la orang akan kata "look at it as a battle scar" lah, "biasa lah mmg dah mengandung macam tu"...akan tetapi...argh stress. Mungkin bila dah ada tu baru la terpaksa menerima seadanya. Rasanya mesti take time jugak tu untuk redha.
Pastu risau juga pasal baby finance. Pastu mesti la nak bagi kemudahan yang terbaik untuk Kiddo kan. Ramai orang kata, "tak payah pikir sangat pasal tu, serah je kat suami". Tapi semua orang buat camtu ke? Ke? Oh tapi kesian juga kalau dia kena bayar semua benda. Memang lah dia mampu tapi tak dapat elak dari fikir. Nampaknya saya pun dah berjangkit dari suami, tgh tidur pun berfikir lagi. Agaknye tu la yang buat uban kot??
Salah satu artikel tentang pregnancy yang saya baca ada sebut,
"Just remember to take everything in stride. You will be able to figure out how to make it work. Parents have been doing it since the dawn of time."
yes, but parents have also been WORRIED since the dawn of time. no?
haha.
Mesti korang yang lelaki hairan apesal la orang perempuan ni obses dengan berat/rambut/baju dan sebagainya kan. Nasihat saya, jangan bising-bising (jangan over bising pun ye jugak *hint*hint*..hehehe). Kalau bini cantik korang jugak yang bangga, kan? Kalau diminta beri komen tu, jawab lah seikhlas mungkin, tapi jangan over ikhlas. Nak amik jalan selamat pun agak-agaklah, make sure yang jawapan tu ada la nampak korang put it a few seconds of thought into it, ok. Kalau ye pun bini dah rupa macam beached whale jangan la betul-betul cakap kat dia dah gemuk macam beached whale. Kesian dia.Ingat senang ke pagi-pagi tengok diri sendiri dekat cermin? Siapa la yang mintak nak jadi gemuk camtu kan? Takde siapa ok. Bagi je credit card korang kat dia dan suruh pegi slimming centre.
Eh tak, mana ada saya emo. biasa laaaaa tiba2 hit the keypad tgk-tgk dah jadi banyak perenggan.
Rabu 14/4 ni pergi check-up lagi. Mana tahu nampak anu. Takpe, tak nak tunjuk pun tak apa juga. Nanti-nanti kita jumpa juga kan!
hmm. note to self - perlu mengambil gambar minggu ke-18. Kelihatan macam pregnant dwi-dimensi (perut semakin ke depan, pungkok semakin terkebelakang. *sigh*). Redha aje lah.
1 comment:
zaza..
love your notes,
sgt bersahaja..:)
bdw,
berat bdn masa ngandung mmg
selalu turun naik,
jgn risau..
yg penting berat baby dlm
perut naik..ok!
Post a Comment