Memang mengujakan bila melihat Kiddo dah ada ciri-ciri fizikal yang jelas. Tulang belakang, kepala, otak, tangan, kaki. WOW. Dan denyutan jantung yang sungguh kuat dan jelas (macam Sang Bapak - yang saya suka dengar sebelum tidur).
Ada seorang manusia dalam perut ini.
Manusia. hihi. oh. Comel dan menakutkan dalam satu ayat.
Scan kiri kanan atas bawah. Bila scan dari depan, sambil merengkot tu Kiddo sempat wave hello then usik-usik muka. Oh, magis!!! Tgk macam kesian sebab rumah dia kecik je. Mungkin budak ini besar ikut Sang Bapak, tapi terpaksa membesar dalam perut Omak yang pendek dan kecik ini.
Jate ko tino? Aaa itu belum tahu lagi. Saya rasa sebenarnya doktor House itu sudah ada firasat, tapi ikut stail dia lah..selagi tak nampak jelas selagi itu tak buat spekulasi. Kalau nak ikutkan tak best juga kan, takde spekulasi. Itu la yang membuatkan bakal-bakal ibu macam saya teruja, hyped. Hakikatnya kami bersyukur tak kisah lah anak lelaki ke perempuan, asalkan sihat dan sempurna sifat. Tapi ye la kan, saja nak seronok2. Ada kawan-kawan kata tgk macam girl sebab saya dah gemuk (sangat!!), yang lain kata macam boy sebab perut lonjong lah, lagi (yang kureng asam sikit) ada satu pakciken kat opis kata girl sebab muka saya tak berseri. Huh! Agak bengang ketika itu tetapi ibu cool seperti saya memang takkan tunjuk depan-depan la kan. Cuma terrrr menangis dalam toilet. Hhaha emosi jugak masa tu.
Mungkin Kiddo sedang training nak jadi shuffler atau sedang buat breakdance. Doc House itu kata dia sedang buat head stand. Atau sedang training nanti nak berlaga kepala dengan Sang Bapak? Adoiyai pening membayangkan keadaan itu. Omak kena la jadi referee.
One of the takeaway yang penting selepas jumpa Doc House tempohari ialah: Nature & Nurture. Sebab saya tanya Doc, apa vitamin atau suplemen mengandung yang dia nak bagi saya, dia buat muka. Saya cakap la kawan-kawan pregnant yang lain semua dapat Obimin lah, Neurogain lah..saya tak dapat ke?
Dia angkat kening dan kata, "they make money feeding on your anxiety".
Ohhhhh Sang Bapak pun suka la. Gelak pulak. Dia kan suka orang yang straightforward dan pandai2 ni. Siap kata mak bapak, datuk nenek kita dulu makan pelam je, pandai pun kita ni kan? Macam dah geng pulak dorang.
Bukan apa, ye la sebagai ibu kita nak la bagi yang terbaik kan. Apa orang kata, headstart. Semua nak anak pandai. 20 tahun lagi kalau setakat satu degree, jadi tukang paip je. Dulu ex-presiden petronas dah pernah kata, nak jadi technician/clerk petronas pun kena ada sekurang-kurangnya satu degree. SPM mungkin dah tak wujud dah kot. Budak-budak terus periksa utk dapatkan diploma. isk.
Lepas tu Doc kata, yang penting dengan anak-anak ni, ialah Nature dan Nurture. Kalau you cakap dengan dia macam monyet, jadilah dia monyet..blablabla..memang kena jaga pemakanan but dont overdo it..blablabla..focus on the development and environment..blablabla..
Which strikes some sense. Kalau nature/surroundings tak membina, walau bagus macam mana pun otak anak tu, takkan berkembang. Kalau cara nurture salah, memang jadi penjahat/ pemalas. Belum masuk pengaruh rakan sebaya lagi, internet, uish takut memikirkan cabaran anak-anak kita in the future.
Selain tu tengok-tengok jugak apa chinese/indian/jew punya amalan/makanan masa mengandung. Depa kan (secara generalnya) pandai. Mana yang elok (dan halal) mungkin la boleh tiru. Teringin nak try bird's nest...tapi tak tau macam mana nak masak. Nak bezakan kualiti bird's nest pun tak tau camne. Ada pulak orang cakap jangan selamba-selamba makan bird's nest, takut tak asli, banyak processed chemicals. Ada yang kata kalau makan, nanti over sensitive pulak kulit budak tu. Mungkin kena makan seminggu sekali aje kot. Ada antara korang yang pernah try?
Whatever pun saya percaya pada konsep Wasatiah. Too much of a good thing is not a good thing!
Ok dah byk membebel. Nanti bila2 saya upload video Kiddo wave hello to Bapak & Omak.