Monday, November 29, 2010

ordinary jane

got this note via email. thought to share it here.


Aku hanya wanita biasa


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. 
Ingatlah, tak selamanya aku akan cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedang sakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 

Thursday, November 18, 2010

halu

halu?

Tuesday, November 2, 2010

hidup kamu, aku


Nampak surat di atas? Itu lah konon-kononnya 'labour plan' saya. Ye, saya tahu, some would view it as mengada-ngada plan. I actually think that it's not practiced anyway in our country. And i know most doctors would chuck it anyway. Tapi saya perlu percaya bahawa saya ada kuasa untuk memilih. Bahawa saya ada that luxury to have options dan buat keputusan yang terbaik untuk saya dan Kiddo.

Dalam kepala saya, dah lama dah saya decide untuk menjalani proses labor ni as drug free dan as natural as possible. Ya, saya NAK tersiksa. Saya rela. Sebab tu saya cari doktor yang advocate natural delivery. Doktor yang handle kes keguguran saya tahun lepas kata, epidural ni bagusnya kita dapat enjoy proses kelahiran bayi. Tak sakit.


Tak mahu. Saya tak mahu epidural, injection atau yang sewaktu dengannya. Bukan saya nak compete dengan mak saya yang beranak LIMA, kakak saya yang beranak tiga, semuanya naturally. It's not about competition. Bagi saya, bukan senang nak dapat baby. Banyak yang saya lalui, yang saya tahan-rasa, untuk sampai ke sini, untuk budak ini membesar 9 bulan dalam perut. It's about experiencing the wholeness of the process. 9 bulan dalam perut, semuanya natural, tak pernah makan artificial ubat atau panadol pun, Coke pun tak minum, fast food tak makan, jadi saya rasa saya berhak untuk deliver budak ini naturally.

Saya nak rasa dia keluar melalui birth canal itu. Saya nak berhempas pulas meneran.Saya nak belai budak ini atas perut saya, masa dia masih diselaputi vernix dan darah. Saya nak lihat dia cuba reach for mummy's breast and feed for the first time. Saya nak dengar dia merengek menangis, saya nak dengar Papa dia membisikkan Azan dan Iqamat di kedua-dua telinganya.

Saya nak macam-macam. Saya nak segalanya. I wanted the perfect labour.

But you know what? God had a greater plan. See the letter above? Right. Flush aje segala plan tersebut ke dalam tandas.

Birth Plan
Actual Birth
1. Vaginal exams to a minimum.
It's like an O&G museum dah. Nurse tukar ganti tgk.
2. Augmentation/ Induction: No artificial rupturing of amniotic membrane.
2/9 kami induce the process. Sebab dari 30/8 sampai la tu masih gak 2cm. So on the 3/9 tu doc rupture la ketuban. uhuks
3. Anesthesia
Tak amik epidural or any injection. yey. Tapi when the doc said kami kena emergency c-sect, saya kena GA terus. Langsung tak sedar hapah pun. Suami pun tak dapat tgk apa-apa sebab it's an emergency procedure. *sad*
4. During/after Delivery
Takyah dok cerita la. Tak rasa hapa pun. *sad*. Crowning ke letak kat perut ke potong tali pusat ke byebye. Amik gambar atau video? Bertuah!
5. Breastfeeding
Ali pandai. Letak2 je kat boobies terus nyonyot. Alhamdulillah ada colostrum.


Yang penting semuanya selamat, betul? Tapi saya punya rasa terkilan sebab tak dapat melalui ideal labour saya aje la. Tapi Tuhan tu adil , dia bagi saya rasa sakit contraction sampai rasa macam nak terberak tu. Cuma baby keluar ikut tingkap lah tak ikut pintu.

Aduhai tak dapat nak describe betapa frustnya  masa tu. Selama 9 bulan berangan nak beranak naturally, before tu tak berani pun nak berangan deliver baby lepas miscarriage dan episod tumor tu. Allah...tawakkal dan berdoa aje lah masa tu. Hubby tetap cekal, dan tabahkan semangat saya. Fokus, katanya. Fokus untuk selamatkan baby, selamatkan mummy.


Masa nak induce. Sempat camwhoring. hahaha
The Man pun terjebak camwhoring. Masa ni positive lagi mindset nak natural labour


Water bag ruptured dah. Tgh tahan contraction.


sempat lagi tu. 

konon semangat rambo lagi time ni
  
a few moments after, nurse masuk suruh tanggal jewellery. :(


Proses dalam OT berlaku macam pit-stop F1. Sap sap soi la orang kata. Husband ikut hantar masuk OT, naik bilik amik newspaper dan bagitau mami & abah, turun2 je baby dah keluar. Tak sampai 10 minit. 5 minit je kot? Ntah. Sedar2 ada orang panggil nama saya, rosniza, rosniza, bangun, bangun. Siap lupa pun masa tu dalam hospital nak beranak. Bila depa tolak trolley (trolley ke kalau bawak manusia?) tu keluar baru saya ingat, oh, rupanya aku dah beranak. Keluar dari pintu dengan groggy saya tanya hubby yang setia menunggu, baby ok ke?

Hubby dengan semangat nye cakap, OK, sihat, MUKA MACAM I TAPI PUTIH!

LOL.

Tak larat pun nak gelak masa tu. Lalok abis, tapi rasa nak nangis. Excited nak jumpa manusia yang menghuni perut 9 bulan tu. Ada jugak perasaan macam ibu yang gagal. Gagal lahirkan dia secara normal. OK, ye, there's this part of me yang memang sentiasa rasa macam loser. Tapi masa sempat remind diri sendiri supaya bersyukur dan jangan layan my pessimist alter ego itu. Karang meroyan, lain pulak cerita.

Masuk bilik, they brought the baby for rooming-in.
tengah lalok sebenarnya ni

Holding him for the first time is indescribable. Memang seperti apa yang saya impikan. Sempurna sekali. Memang dia lah yang terbaik buat kami.


happyness; all bundled up

Allah, tears of joy dan kesyukuran mengalir bila fikirkan what we went through to get to that moment. Syukur baby selamat, sihat. Syukur saya juga selamat dan sihat. Syukur terutamanya ada suami yang steadfast sekali menanti.

2 bulan sudah berlalu. Ali Bin Alfian Iqbal dah pun tambah 3 kilo lebih kot. Hari minggu ni baru nak jumpa tuan doktor lagi. Juara kecil tu siap dah pegi jab yang pertama dah dan tak demam. Good boy. Makan tak berhenti (termasuk mummy nya la..uhuks). Pipi dari kulit aje sekarang dah gembol. Leher dah berlipat kena seluk dalam2 nak bersihkan. Kulit dari putih jadi gelap sebab kena jemur (jaundice, but that's another entry :| ) lepas tu putih balik. Muka dari exclusively ikut papa nye, skang ada la tempias2 mummy (perasaan mummy la).

Terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai yang datang melawat, ada yang lama gila tak jumpa saya rasa ada la 5-6 tahun tak jumpa (Adiel, Dyla & hubby..thanks korang!) tapi sudi melawat tengok anak saya kat sepital. Ada yang datang beberapa kali, dan ada yang datang last minute sebelum kereta nak tekan minyak balik seremban (ajis! hahaha..kasut pink yo!).